Resepi Daging Dendeng Balado Minang, Sedap Dan Mudah

Resepi daging dendeng balado Minang ini memang sedap dan mudah pula nak membuatnya. Bahan pun taklah terlalu banyak, seperti masak rendang. Lagi ringkas resepinya.

Masakan Popular Di Kedai Nasi Padang

Daging dendeng balado ini antara masakan yang sering kali dicari kalau ke kedai Nasi Padang. Tapi, harganya boleh tahan ye. Sekeping pun ada yang mencecah hingga belas ringgit tau. Jadi, jeling dulu harganya sebelum ambil.

Masakan daging dendeng balado Minang ini sesuai untuk mereka yang sukakan masakan bersambal dan pedas. Ia mampu membuka selera bila dinikmati.

Nak lagi puas hati, lebih elok kita masak sendiri. Dapat dinikmati sepuas hati bersama keluarga. Tahap kepedasannya juga kita boleh ‘adjust’ sendiri. Kalau tak tahan pedas sangat, kurangkan cili padinya.

Mudah Tapi Ada Beberapa Langkah Penyediaan

Resepi daging dendeng balado Minang ini taklah sepayah atau serumit yang disangkakan. Namun, cara masakan ini juga pelbagai versi. Ada daging yang dijemur dulu atau dibakar menggunakan arang.

Tapi, kali ini Suri kongsi cara yang lebih mudah dan cepat untuk memasaknya. Memandangkan masakan ini jenis berminyak, jadi Suri gunakan minyak kelapa. Konon nak lebih menyihatkan. Daging pula hiris lebih lebar dan nipis. So, cuba tau. Rugi tak cuba!

Cuba ini juga: Sambal Balado Udang Terung

RESEPI DAGING DENDENG BALADO MINANG

BAHAN-BAHAN:

1kg daging – hiris nipis dan lebar

10 biji cili padi

20-30 biji cili merah besar

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 keping asam gelugur

Air

Sedikit halia – hiris

Sedikit garam dan gula

Minyak kelapa untuk menggoreng

Cara Memasak Resepi Daging Dendeng Balado Minang:

Resepi daging dendeng balado Minang ini memang sedap dan cukup mudah pula nak membuatnya. Bahan pun taklah terlalu banyak, seperti masak rendang. Lagi ringkas resepinya.

Kisar atau tumbuk halus cili padi, cili merah besar, bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.

Masukkan daging yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama hirisan halia. Rebus hingga daging lembut.

Semak resepi ini juga: Rendang Daging Asli Padang

Resepi daging dendeng balado Minang ini memang sedap dan cukup mudah pula nak membuatnya. Bahan pun taklah terlalu banyak, seperti masak rendang. Lagi ringkas resepinya.

Angkat dan toskan daging. Bila agak sejuk, tumbuk menggunakan lesung batu hingga daging lembut dan nipis.

Masukkan minyak kelapa di dalam kuali, goreng daging yang sudah dipotong hingga garing. Angkat dan toskan.

Resepi daging dendeng balado Minang ini memang sedap dan cukup mudah pula nak membuatnya. Bahan pun taklah terlalu banyak, seperti masak rendang. Lagi ringkas resepinya.

Tinggalkan minyak secukupnya di dalam kuali. Tuang bahan kisar tadi ke dalam minyak yang telah cukup panas.

Setelah itu, masukkan sekeping asam gelugur. Kacau dari semasa ke semasa agar ia tidak hangit. Bubuh sedikit air. Kacau lagi.

Resepi daging dendeng balado Minang ini memang sedap dan cukup mudah pula nak membuatnya. Bahan pun taklah terlalu banyak, seperti masak rendang. Lagi ringkas resepinya.

Goreng hingga sambal masak sepenuhnya dan naik minyak. Kemudian check rasanya sama ada cukup masam, pedas dan masinnya. Setelah sambal masak, masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaul rata buat seketika.

Angkat dan tutup api. Siap. Sedap dimakan dengan nasi panas! Mudah kan?

4 Ciri Masakan Padang:

Masakan Minang atau masakan Padang berasal daripada orang Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Apa ciri-ciri masakan Padang?

1.Kaya dengan rasa rempah ratus.

2. Makanan Padang memiliki rasa pedas yang khas.

3.Hampir semua makanan Padang menggunakan cili dalam proses memasaknya.

4. Rasa masakannya pekat kerana menggunakan santan yang banyak.

Baca ini juga: Ubat Sakit Gigi

Leave a Comment!

error: Content is protected !!