Resepi Kari ayam Bangladesh. Ini semua gara-gara Tiktok. Ramai yang cakap sedap. So, mestilah kita cuba kan? Baru tau rasanya.
Kari pun ada macam-macam cara masak. Ada yang tak letak santan, ada yang bubuh serai, ada yang taruk halba. Macam-macam cara. Tak kisah lah kan.
Kalau masak kari biasa, selalunya kita mesti tumis dulu rempah ratusnya. Tapi untuk kari ayam Bangladesh ini tak perlu. Bubuh je semua bahan dalam periuk. Teramat mudah! Tapi, bila start masak, baunya semerbak satu rumah. Rasanya pun sedap walau tak tumis dulu. Merah elok kuahnya.
Resepi Kari Ayam Bangladesh Super Mudah
Bahan-bahan:
1/2kg daging ayam – bersihkan
2 sudu makan santan kotak
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kelopak bunga lawang
Sedikit buah pelaga
5 batang bendi
1 batang terung – potong
2 pokok daun ketumbar – ambil batang dan daunnya
Sedikit daun kari
2 keping asam gelugur
1 paket kecil rempah kari ayam
Sepaket kecil serbuk cili
1 sudu serbuk rempah kurma
Sebatang serai – ketuk
2-3 makan cili giling
Dua biji kentang – potong
2 biji tomato – belah 4
5 batang cili hijau besar – belah dua
Cili padi merah – pilihan
Sedikit serbuk Maggi Cukup Rasa
Garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak
Air
Bahan Kisar:
1 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara Memasak Kari Ayam Bangladesh:
Mula-mula bersihkan ayam dan lumur sedikit dengan serbuk kunyit.
Di dalam periuk, masukkan daging ayam, diikuti bahan kisar, serbuk kari, serbuk rempah kurma dan serbuk cili.
Masukkan juga hirisan kentang, cili hijau, separuh daripada tomato hiris dan terung. Gaul sebati.
Boleh cuba resipi ini juga: Ayam Ros Penang
Tambah kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga,
Tuang sedikit minyak masak dan sedikit air. Masukkan sedikit daun kari, hirisan daun ketumbar dan serai. Buka api dan mulakan memasak. Jangan gunakan api besar ye.
Setelah naik bau karinya dan ayam mula empuk, masukkan sedikit santan. baki tomato hiris dan asam keping. Gaul lagi. Gunakan api perlahan dan biar kari mereneh. Dari semasa ke semasa jangan lupa kacau. Tambah air lagi jika kari terlalu pekat.
Perasakan dengan garam dan serbuk Cukup Rasa secukupnya.
Tambahkan akar daun ketumbar untuk membangkitkan lagi aromanya. Biarkan ia terus mereneh.
Siap! Semerbak baunya.