𝗖ara buat loan rumah untuk yang bekerja sendiri dengan mudah

𝗖ara buat loan rumah untuk mereka yang bekerja sendiri rumah untuk tiada pendapatan tetap | Kelebihan untuk orang makan gaji, slip gaji itu umpama tiket cagaran kepada pihak bank untuk memberikan loan kepada kita. Namun, dalam keadaan sekarang sebenarnya Pihak Bank juga akak lebih memilih pekerja yang mendapat jawatan tetap sesuatu syarikat.

Malah suatu ketika, bila oil&Gas insutri turut terjejas, dengarnya MEMO dikeluarkan untuk tidak meluluskan sekiranya ada peminjam baru dalam industri ini.

Bagaimana dengan peniaga atau orang yang tidak mempunya pendapatan tetap? atau untuk yang berjawatan kontrak. Ramai juga Golongan ini yang terpinggir kerana mereka tidak tahu cara yang terbaik untuk memudahkan mereka dalam urusan sewa beli rumah

𝗖ara buat loan rumah untuk mereka yang bekerja sendiri

Adakah ini bermakna pihak Bank telah mengamalkan diskriminasi?

Tidak…. pihak perlukan satu cagaran atau sandaran bahawa wang yang akan dipinjamkan akan dibayar mengikut jadual yang ditetapkan.

Ramai yang agen insurans/takaful, Hartanah, coway, cuckoo, Business Owner dan lain yang seangkatannya bermasalah dalam membuat pinjaman untuk membeli rumah. Untuk menyelesaikan masalah ini, berikan beberapa tips agar pinjaman perumahan anda senang untuk diluluskan.

Untuk mereka yang baru menamatkan alam Universiti dan akan melangkah alam pekerjaan, perlu menetapkan perancangan kewangan dan kawal hutang termasuklah pemilikan rumah dan hartanah. Lebih muda lebih baik.

Kawal kewangan pasti akan memudahkan pemilikan rumah dengan cepat.

BACA : Pelajari Pendidikan Kewangan Percuma di AKPK

𝗖ara buat loan rumah

𝗖ara buat loan rumah senang. Tips Pinjaman Perumahan senang lulus.

  1. Pastikan semua duit komisen yang diterima di bank in ke dalam 1 akaun agar senang bank nak semak nanti.
  2. Biasanya orang yang bekerja ‘commission based’ akan ada penyata komisen bulanan/tahunan. Jangan lupa simpan ye.
  3. Pastikan anda declare cukai pendapatan dengan LHDN. Biasanya bank nak 2 tahun penyata cukai untuk melayakan anda membuat pinjaman perumahan.
  4. Setelah declare cukai, anda layak untuk membuat pinjaman perumahan dengan bank. Senang kan..
    • Tapi kena ingat, semua hutang yang kita ada akan tetap dikira sebagai komitmen.
    • Contohnya, kalau anda declare cukai pendapatan sebanyak RM60k setahun, bermakna pendapatan anda adalah RM5k sebulan. Baru boleh kita buat kiraan..
    • Kiraan Kelayakan Loan Rumah = RM500K
    • Cukai tahunan/12 x 70% (DSR bank bagi pendapatan RM3k keatas) tolak semua hutang x 200 = Kelayakan
    • Contoh perincian kiraan adalah seperti berikut:= RM5,000 x 70% – RM1,000 (Hutang) x 200 (Rule of 200)
  5. Ingat! siap sedia semua dokumen yang diperlulakan ini sebelum sebelum apply loan
    • SSM
    • Penyata Akaun Bank syarikat atau penyata akaun sendiri
    • Slip CCRIS
    • Kalau ada simpanan yang baik contoh ASB/ Tabung haji

Debt Service Ratio (DSR)

Sistem pengiraan ini biasa dipanggil sebagai DSR (Debt Service Ratio). Jika tetuan berjumpa pegawai bank bahagian pinjaman perumahan dan tunjuk yang tuan tahu tentang DSR, maka mereka lebih suka untuk berurusan dengan kita kerana lebih mudah.

Cara kira DSR

DSR = (Hutang Bulanan / Pendapatan Bulanan) x 100

  • Pendapatan : RM5000
  • Hutang : RM3000
  • maka RM3000/5000 x 100% = 60%

DSR yang bank akan luluskan setiap bulan adalah kurang daripada 70%

Jadi pihak bank akan menggunakan method yang sama untuk kiraan selepas buat pinjaman perumahan yang akan melibatkan installment tertentu. Contoh untuk rumah harga RM300k, installment adalah Rm1000.

Simulasi DSR dengan pinjaman perumahan

  • Pendapatan : RM5000
  • Hutang : RM3000
  • Installment dijangka Rm1000

RM3000 (hutang awal) + Rm1000 (installment rumah) / Pendapatan bulanan (Rm5000) 100% = 80%

makanya, pinjaman ini akan ditolak awal awal.

Skim Rumah Pertamaku

Selain dari ilmu diatas, cuba intai intai skim rumah pertamaku yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan.

Mungkin ada yang masih belum tahu tentang kewujudan Skim Rumah Pertamaku (My First Home), iaitu sebuah skim pinjaman perumahan yang terbuka kepada kakitangan di sektor awam dan swasta, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

Melalui skim ini, pemohon yang layak boleh mendapat pembiayaan pinjaman perumahan hingga 110%, bermaksud pinjaman tanpa deposit 10% yang biasa dikenakan untuk membeli rumah.

Ia diperkenalkan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Jangan putus asa untuk memeliki rumah, cuba dan cari maklumat Pinjaman perumahan untuk yang bekerja sendiri

Leave a Comment!

error: Content is protected !!