Tips wanita bahagia, mesti tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Tips wanita bahagia dan ceria | bak kata sorang influencer terkenal marlia ramli . KEKAL JADI DIRI SENDIRI. Wanita mesti kena kuat untuk hari mendatang, wanita mesti tahu membuat timbang tara dalam setiap keputusan dengan suami, keluarga dan orang sekeliling

Wanita kena tahu batasan dan limit. Ini ‘Hack” yang wanita kena tahu dalam menjalani kehidupan.

Surihack nak berkongsi dengan pembaca, beberapa tips penting dari Marlia ramli betapa wanita perlu ditanam dengan pemikiran sebegini dan mesti diamalkan oleh setiap wanita atau suri.

Tips wanita bahagia yang mesti dipraktikan

Tips wanita bahagia

Wanita yang tabah, bahagia dan kuat faham bahawa untuk bahagia perlu :

  1. Sayangi orang sekeliling tanpa mengabaikan kepentingan menyayangi diri. Letak had maksima berkorban untuk orang lain 1/3. Akak sendiri hanya berkorban maksima 1/4. Selebihnya? Utamakan diri dan anak-anak sendiri. Anak-anak perlukan ibunya.
  2. Fahami realiti bahawa suami hanya pinjaman. Tuhan tak ambik, ungka ambik, hahahaha. Betul tak ? Cerai itu pasti. Pastikan diri tahu berdikari. Jangan lupa rujuk checklist untuk wanita supaya anda tahu apa wanita perlu ada?
  3. Tidak cantik rupa tidak apa. Pastikan diri berilmu. Sentiasa luangkan masa baca buku setiap hari. Wanita berilmu dan wanita otak kosong berbeza dalam banyak perkara. Berbeza dalam membuat tindakan
  4. Jangan hanya terkurung dengan keluarga dan dinding rumah. Bina networking di luar yang mindset sama dengan anda. Circle perlu sekufu. BIla sekufu baru sedap untuk berbicara, baru sedap untuk ber’debate”
  5. Terima pendapat pasangan. Kongsikan pendapat anda. Elak jadi partner yang hanya tahu angguk-angguk, geleng-geleng. Tak mencabar langsung. #apeni? Biar gaduh janji puas hati, luahkan dan jangan simpan dalam hati
  6. Jadila ibu yang less expectation. Jangan terlalu sempurna. Anak-anak ada timeline yang berbeza-beza. Appreciate the process.
  7. Miliki ilmu menjana wang. Berhenti nafikan bahawa bila memiliki sedikit harta, wanita lebih mandiri dan dihormati. Ingat… Rujuk semula nota checklist untuk wanita yang sebaiknya amalkan bersedekah setiap hari. Walaupun sekecil bagi kucing dan anjing makan. Beli dengan penjaja kecil, gembirakan mereka dengan baki wang tidak diambil.
  8. Don’t try too hard nak acah pasrah bagai. Mentua, ipar duai dan orang sekeliling tidak berhak menyakiti anda. Happy? Enjoy the moment. Tak happy? Suarakan fakta dengan straight forward.
  9. Ada 1,001 tips untuk wanita bahagia. Tapi pusing camne pun, hakikatnya KEKAL JADI DIRI SENDIRI. Be yourself and the world will adjust. Ini rahsia sebenar wanita hidup berprinsip dan punya jati diri.

Wanita kena tahu limit dan batasan ; Tips wanita bahagia

Zaman dahulu seringkali kita dimomokkan dengan pepatah ” Biarku menjadi Lilin”. Oh No!. kita perlu ubah pemahaman sebegini. Wanita mesti kena tahu harga dan maruah diri kelak nanti kita tidak yang akan merasa ralat atas pengorbanan yang kita buat.

Wanita hari ini, jangan terlalu terikat dengan stigma dan andaian tok nenek kita. Kita mesti kena terus maju, dan maju dan bersiap sedia untuk segala kemungkinan

Barulah boleh jadi Wanita dan Suri yang berjaya ! Caiyok

Leave a Comment!

error: Content is protected !!