Waktu Isteri Mengandung Suami Elakkan 3 Perkara Ini

Waktu isteri mengandung suami elakkan 3 perkara ini | Orang kata waktu mengandung ini, emosi isteri cukup sensitif.

Bukan itu saja, suami juga perlu jaga hati isteri yang mengandung.

Nak-nak anak dalam kandungan itu juga adalah zuriat suami. Sebab itulah, suami pun kena jaga tingkah lakunya sama. Bukan saja isteri yang mengandung itu ya.

Janganlah suami pandang mudah dengan kehamilan isteri. Kerana, setiap tindak tanduk isteri amat berkait dan memberi kesan kepada janin dalam kandungannya.

Jadi, wahai suami cubalah usahakan agar anda dapat memberikan yang terbaik untuk isteri mengandung. Sebab itu, surihack sarankan agar suami elak dari melakukan tiga hal ini semasa isteri mengandung.

Jangan Bagi Isteri Mengandung Stress

Maksudnya di sini, semasa di awal trimester kehamilan. Ada isteri mengandung yang akan alami alahan atau morning sickness yang teruk. Mereka tidak boleh makan dengan sempurna, malah ada juga yang minum air kosong pun muntah semula.

Suami janganlah terus cop isteri mengandung yang alahan itu mengada-ngada. Kerana, untuk pengetahuan suami morning sickness itu perkara normal bagi wanita hamil.

Ini kerana, bayi dalam kandungan sedang beradaptasi dengan hormon ibunya. Begitu juga dengan ibu. Janganlah bimbang jika isteri anda alami alahan yang teruk.

Berilah sokongan moral padanya. Carikanlah makanan yang ibu boleh terima. Jika ibu mampu makan sekadar biskut kering sekalipun. Biarlah isteri menikmatinya.

Kerana, selepas tempoh berakhirnya morning sickness rentak pemakanan ibu akan kembali seperti biasa. Tetapi tidak semua ya. Ada bakal ibu yang alaminya sehingga 9 bulan kehamilan.

Sokonglah juga isteri dengan kata-kata semangat yang membuatnya selesa sepanjang kehamilan. Apabila suami dapat memberikan sokongan terbaik semasa isterinya alami alahan teruk, tentunya bayi dalam kandungan turut berasa selesa.

Tentu tentulah stress ibu tiada dalam kamus hidupnya sepanjang kehamilan itu.

Elakkan Dari Minta Isteri Buat Kerja Berat

Mentang-mentanglah perut isteri belum kelihatan, suami dah minta macam-macam. Arahkan isteri buat itu dan ini. Bila isteri kata tak berdaya, suami pula tuduh mengada.

Amboi! Sebenarnya di awal trimester inilah fizikal dan emosi isteri paling teruji sekali. Ada masanya tubuh isteri akan mudah menjadi lesu dan tidak bermaya.

Baca : 8 tip tingkat kesuburan yang patut ambil tahu

isteri-mengandung

Bukan dia sengaja ya. Tetapi itulah, tanda-tanda perubahan fizikal yang wanita mengandung lalui di trimester pertama kehamilannya. Jika isteri perlukan rehat, benarkanlah dia tidur.

Walaupun untuk seketika.

Anda gantikan lah tugas isteri di dapur. Suami pun kena belajar bab memasak juga sebenarnya. Suami yang rajin di dapur sebenarnya akan membuatkan isterinya lebih menghargai dan mengasihinya.

Sayangilah isteri anda sebaik anda sedar dan tahu dirinya hamil sampailah bila-bila pun. Sebenarnya tiada had atau garis masa untuk menentukan kasih sayang seorang suami.

Orang kata, cinta itu unlimited. Sungguhkan.

surihack.com

Jangan Sesekali Membandingkan Fizikal Isteri Anda

Oh! Ini teramat sensitif bagi wanita. Apabila suami membandingkan fizikal isterinya yang sudah berubah semasa mengandung. Isteri sedang membawa zuriat kamu kot.

Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan dari seorang isteri.

Suami kena ingat, semasa hamil isteri boleh jadi bukan dirinya lagi. Mungkin isteri akan alami perubahan wajah yang 360 darjah berbeza. Kulitnya mungkin akan menjadi lebih gelap dan tidak sekata.

Itulah ‘pembawaan budak’ orang tua kata. Ianya tidak kekal selamanya.

Baca : 5 jenis cegah hamil yang patut ambil tahu

isteri-mengandung

Sebaik bayi dilahirkan, keadaan sementara semasa hamil ini akan kembali normal. Janganlah diperli atau dipaksa-paksa isteri dengan macam-macam permintaan yang buat isteri rimas.

Suruh isteri hamil berdiet misalnya. Eh! Jangan begitu ya.

Melampau sungguh permintaan suami itu. Mungkin, suamilah yang kena berdiet sebenarnya. Suami seharusnya bersyukur jika isteri sihat sepanjang kehamilan. Biarpun fizikalnya sudah jauh berubah.

Mendoakan kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan itulah seharusnya suami perlu lakukan.

Baca juga : Salam Jumaat

Leave a Comment!

error: Content is protected !!